Friday, March 14, 2014

Bermula cerita seorang rider junior dan bidang insurans

Assalamualaikum
Selamat kembali ke blog aku lagi. Memanng dah jadi kelaziman buat seorang penulis blog 'kadang-kadang' macam aku ni.
Buat teman2 kali ini aku nak cerita pasal 2 perkara 
1. Karier sebagai Perancang Insurance bersama BUSS Allianz
2. Berkenalan dengan dunia Big Bike

Pada bulan November 2013 aku dan isteri telah menceburi dunia insurance untuk sekian kalinya setelah kami membuat kajian terhadap sektor ini dan kepentingan insurans terhadap sosioekonomi sesebuah institusi. Sama ada individu, keluarga mahupun syarikat. 
Kalau nak cerita asal bagaimana aku menceburi bidang insurans ni rentetan dari saat aku membeli polisi insurans masa aku start kerja dulu..2007. Masa itu aku tak studi sangat pasal struktur asas insurans. Beli setakat membeli. 

Tapi sejak aku mempunyai tanggungan keluarga dan anak bini ni(masa lahirnya aazad) aku mula memikirkan tentang sesuatu yang lebih bernilai utk setiap sen yang aku keluarkan untuk insurans aku, wife dan anak2. Aku bertemu dengan beberapa agen insurans dari syarikat yg berbeza untuk penstrukturan polisi yg baharu. 

 Sesuatu yang memberikan aku jawapan yang mampan adalah bagaimana sikap seorang agen dan kekuatan polisi memainkan peranan yang penting bagi mempengaruhi seseorang untuk bersetuju utk memberikan komitmen terhadap sesuatu polisi. Ringkasnya beli insurans. 
Akhirnya aku mendalami polisi Allianz dengan begitu teliti. Mana ada syarikat insurans yang tak mahukan keuntungan..dan setelah diamati polisi Allianz adalah LEBIH memberi nilai untuk setiap sen yang aku keluarkan. 

Ketelitian aku mendalami insurans membuatkan seseorang menarik kami berdua menceburi bidang ini secara sambilan. Buat masa ini. Alhamdulillah buat masa ini kami enjoy melakukan tugas ini yang aku rasa sebagai tanggungjawab. Kenapa aku cakap tanggungjawab

? Sebab kami bukan menjual polisi. Polisi yang kami bawakan/cadangkan kepada pelanggan bukan untuk kami tapi untuk PELANGGAN itu sendiri. Katalah pelanggan tidak jadi membeli, ataupun tangguh disebabkan kekurangan peruntukan $ kami tetap akan puas sebab kami dah menjalankan tanggungjawab memberi pendedahan tentang kepentingan insurans kepada pelanggan. PUAS. itu yang aku umgkapkan kepada wife aku. Kepuasan seperti yang aku rasa ketika merawat pesakit di hospital. Tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. 

Okeh cukup pasal insurans. Ni nak cerita pasal diari aku sebagai junior bikers pulak
Blog aku yg lepas aku ade cerita mengenai persiapan aku nak menghadapi peperiksaan sarjana ortopedik di UKM. Alhamdulillah aku berjaya melepasi ujian tersebut. 

Memang keadaan agak genting ketika itu yang mana tahap tekanan yang aku alami zsangat tinggi. Manakan tidaknya disamping membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan aku tidak boleh sedikitpun mengabaikan tanggungjawab aku terhadap wife dan anak2. Tiap malam lepas makan malam aku akan mengasingkan diri di bilik bacaan untuk mentelaah ilmu. Terima kasih aku nak ucapkan buat isteri tercinta sebab beliau sangat memahami dan memberikan komitmen yg tidak berbelah bahagi menguruskan anak2 ketika itu. Dan akhirnya kami sama berjaya melepasi saat genting itu. So, sebagai ganjarannya aku beli sebuah bike. Hihihi alasan je sebenarnya. Tapi memang dah lama aku berangan nak beli bike ni. Cuma atas batasan waktu dan karier aku tangguhkan sehingga aku lulus peperiksaan. 

Aprilia Shiver 750 berjaya aku sambar dari seorang kenalan di Selayang. Dapat dengan harga yang sangat berpatutan. Alhamdulillah. Mula2 wife tarik muka jugak tapi disebabkan minat aku die faham jua..dan dah pun bawak die ride balik Batu Pahat. Happy tak terkata tengok muka die. Rasa macam muda pun ade. Huhu

Okay guys, sampai disini dulu. Mata dah mengantuk. Esok nak oncall. Kerja hakiki sebagai seorang doktor ortopedik. Ramai member non medical line panggil aku the mechanic sbb kerja aku deal dengan bertukang tulang. Haha

Wassalam...

Saturday, October 20, 2012

Hidup Mesti Diteruskan

Salam buat semua pembaca,

Terima kasih sebab masih stay tuned sampai ketika ni.haha sekarang ni aku teh sibuk sket dgn persediaan utk menghadapi peperiksaan Master in Surgery (Orthopedic) Part 1 yg akan berlangsung ujung bulan ni.Patutnye dah takde masa utk aku tulis blog ni.tapi takpe,sementara tunggu wifey siap masak sempat aku capai Ipadni utk aku tuliskan sesuatu.

Mlmni juga ade match bola antara ATM DGN KELATE.aku akan sokong KELATE utk game mlmni sebab menyampah tak muka Hai-O.dah 3 tahun dia julang PialaMalaysia tu.cukup2 lah.lagipun corak permainan KELATE lagi power. Bab bola padang ni msg aku dah lama tinggal.kalau setakat futsal berganti ganti utk sejam aku okey lagi.

Aku sebenarnya bercadang utk menukar tema blog aku ini kepada topik yg lebih berat sket,berkaitan kesedaran kesihatan tulang kat Malaysia yang mana selama ini disalah pacu oleh syarikat pengeluar susu.nantilah,kalau aku dah lepas exam nanti aku akan ceritakan satu persatu.takpe boleh tunggu.Okey lah,bini pun dah siap masak.lain kali ade kesempatan kita jumpa lagi

Follow twitter aku @AswadIthnain
Salam

Sunday, October 14, 2012

Rezkies (House Of Cookies)

Assalamualaikum
kali ni aku nak bercerita sket barkaitan short course projek wife aku masa bulan Syawal yg lepas.ape lagi kalau bukan bisnes jual kueh raya.

Actually,dah dua kali raya kitorang membuat jualan kueh raya. Cuma tahun ini kami mengorak langkah untuk memperbesarkan sedikit skala jualan di sekitar Melaka,Johor dan Putrajaya (dgn bantuan akak iparku). Kami juga mempromosikan kueh2 melalui akaun facebook di adress yg berikut https://www.facebook.com/groups/496289190387181/

alhamdulillah usaha wife aku untuk memperkenalkan kueh tradisional Johor membuahkan hasil. aku yg tolong2 sket ni pun seronok.

antara kueh2 yang kami jual termasuklah

  1. Sampan Fruities
  2. Dahlia d'Vanilla
  3. Chocolate Rice Cookies
  4. Tat Gulung Johor, dan bermacam lagi tat
  5. Original Semprit
  6. Sarang Semut
  7. Chocolate Pie
  8. Blueberry Pie
  9. dan beberapa jenis lagi

*yang paling disukai ramai antaranya ialah 1,7 dan 8 (seperti dalam gambar)



Insyaallah tahun depan kalau ade kesempatan lagi akan kami teruskan usaha ini untuk membawa kueh2 tradisional dan moden buatan tangan org Johor ni..
Terima kasih juga diucapkan kepada makcik Yah dan kak Siti diatas air tangan dah penat lelah menghasilkan kueh2 tersebut



Friday, October 12, 2012

alhamdulillah..syukur pada Allah S.W.T

SALAM buat teman2 yg sudi singgah kat blog aku yg ala kadar ni
memang lama dah aku tak menulis blog nie..aku sebenarnye dah lupe pon blog adress aku.huahua ntah macamane harini aku godak2 laptop nih ade suggestion pasal blogspot..cari punya cari terjumpa dengan blog @waderteam-pro lantas menemukan aku pada blog aku ini..

banyak yang aku dah lalui sepanjang aku meninggalkan aktiviti blogging nie. Aku dah mempunyai seorang isteri yg cantik manis dah telah dikurniakan seorang puteri yg comel. Actually im expecting a baby boy around mid January next year. Syukur alhamdulillah.Segala puji ke atasNya..
Dan sekarang atas izinNya aku sedang mengikuti program sarjana di UKM..
okeh,cukup sudah serba sedikit mengenai perkembangan diriku..

Berkenaan aktiviti memancing aku memang aku dah agak slow..set pancing masih ade.cuma belum ditambah ape yg patut.sejak jarang berjumpa dgn waderteam-pro, mahdan dan lain2 memang aku dah jarang mancing.lagi2 time bini aku tgh pregnant ni mmg aku kurangkan sket aktiviti memancing.last aku mancing kat tasik depan rumah aku kat Melaka..ikan toman ade,ikan tilapia pun ade..



Thursday, May 14, 2009

rod aku berkarat..

assalamualaikum..
its quit a long time since i didn't hang around wif my fishing mate..roughly bout 6-7 months..banyak bz wo..
kesian kat mahdan and ahock..alleged mva while searching for toman.last week aku bertemu mahdan kat majlis walimatulurus aman..dan2 petang tu gak aku plan nak cari haruan.haha
ahock n eri pun turut serta.eri dah dekat 9 bulan tak pegang joran, mahdan pun lebih kurang same sejak patah kaki.cuma equipment die dah makin menimbun.sume belum dicuba..haha cuma ahock sorang je yang masih maintain active.tasik medanla,pantai minyak beku,lubuk haruan...sumenye masih dikunjungi ahock.
so, petang tu bolehla dikatakan majlis pecah tradisi buat aku, mahdan n eri..namun sumenye pulang dengan tangan kosong.tapi takpe,gian casting dah terubat sket..
aku tak sabar nak tunggu next xpidisi.rase2 plan mahdan untuk turun laut ujung tahun nu harus dipercepatkan..

Saturday, September 6, 2008

trip ke kelong acheh

assalamualaikum
inilah kali pertama aku menulis blog..
saja aku memilih untuk menulis topik yang ringan dan soronom untuk tatapan pembaca
halaman blog ini aku tujukan buat kaki2 pancing seluruh dunia dan juga khusus untuk 'kaw team' aku [mahdan a.k.a agon, eri, ahock a.k.a han, sham]
aku bukannya baru berkecimpung dalm dunia pancing. sejak aku sekolah rendah lagi aku slalu curi2 keluar rumah memancing di hujung kampung aku.kadang2 bila dah gian sangat aku sanggup berpanas menunggu joran buluh aku dekat parit depan rumah aku(menunggu puyu).sampai hitam legam.haha
tapi itu dulu, mase aku belum kenal mesin kekili..
bila dah meningkat dewasa banyak pulak perkar yang aku perlu kejar demi membina karier hidup..pejam celik dah berusia juga aku..
setahun kebelakangan ini aku semakin rancak memancing(aku rasa geng2 aku pun perasan yg aku makin menggila memancing)
masa yang sesuai (ada geng yang senang diajak) dan lokasi2 yang kaya dengan makhluk tuhan yang dinamakan ikan membuatkan aku n the geng makin kerap memancing dan merancang untuk memancing.kadang2 baru baling umpan dah plan cari tarikh untuk next pancingan.
hemm..banyak gak yang aku nak cerita pasal hobi aku ni kan..takpe next time aku cite lagi
kali ni aku nak cerita pasal trip aku n the geng pergi ke KELONG ACHEH MERSING
dah lama kitorang plan nak bermalam kat kelong nih
mahdan selaku tulang blakang team kami dah buat macam research pasal kelong nih (siap surf internet n interbiu orang lagi)
aku, agon, eri, ahock n yusri nekad kalini setelah segala kelengkapan dan perancangan rapi diatur.
tarikh 29 ogos 2008 330pm kami bertolak dari batu pahat.perjalanan memakan masa hampir 3jam (yusri memandu dengan penuh berhemah) tolak campur berhenti kat kluang n kedai pancing yang begitu memuaskan hati di bandar mersing.
kami sampai di jeti..alamak dah lupe name tempat aku park keta..mase tu lebih kurang pukul 820 pm, tanpa berlengah kami terus menaiki bot nelayan menuju ke kelong acheh.syok gile rasenye kalau nak compare mase nak g kelong senssarang.jauh gile beza...
dari jauh nun dah nampak kilaual\n lampu dari kelong tuh..lagila excited.eri tak sudah2 ambik gambo.haha
kedaangan kami disambut oleh krew yang bertugas, layanan superb!kami dihidangkan makan malam selepas diberikan bilik untuk berehat.memang berselera setelah jauh travelling!
lepas makan kami terus membuat persediaan untuk membuat lontaran.aku macam biasalah terkedek2 ikat tali pancing.
berbeza dengan trip2 kami sebelum ini nyata ahock awal2 lagi dah prepare, tak sampai 2 minit dia dah naikkan ikan 'kunyit' bersaiz mini.
kami menunggu detik 2am hingga 3am sebab time tu air pasang. target kami untuk trip ni ialah tenggiri pun jadilah.haha
jig memang banyak kami bawa..
malam tu memang rancak dengan kerapu, ikan tanda, pacu tapi takde tande2 alu2 atau GP..(amacam gon?)haha
pukul 3 pagi masing2 dah kelat mata dan kesejukan..tiba2 ahock menjerit mintak aku bawakan sauh..rupanya yu seberat lebih kurang 1 kg mengena umpan..mase tu agon n eri dah lena dibuai mimpi..haha
aksi sentapan joran semakin berkurangan lepas tu dan kami pun memilh untuk tidur..penah seh..esok ade lagi nak try jig2 yang kami beli kat mersing siang tadi...