Friday, March 14, 2014

Bermula cerita seorang rider junior dan bidang insurans

Assalamualaikum
Selamat kembali ke blog aku lagi. Memanng dah jadi kelaziman buat seorang penulis blog 'kadang-kadang' macam aku ni.
Buat teman2 kali ini aku nak cerita pasal 2 perkara 
1. Karier sebagai Perancang Insurance bersama BUSS Allianz
2. Berkenalan dengan dunia Big Bike

Pada bulan November 2013 aku dan isteri telah menceburi dunia insurance untuk sekian kalinya setelah kami membuat kajian terhadap sektor ini dan kepentingan insurans terhadap sosioekonomi sesebuah institusi. Sama ada individu, keluarga mahupun syarikat. 
Kalau nak cerita asal bagaimana aku menceburi bidang insurans ni rentetan dari saat aku membeli polisi insurans masa aku start kerja dulu..2007. Masa itu aku tak studi sangat pasal struktur asas insurans. Beli setakat membeli. 

Tapi sejak aku mempunyai tanggungan keluarga dan anak bini ni(masa lahirnya aazad) aku mula memikirkan tentang sesuatu yang lebih bernilai utk setiap sen yang aku keluarkan untuk insurans aku, wife dan anak2. Aku bertemu dengan beberapa agen insurans dari syarikat yg berbeza untuk penstrukturan polisi yg baharu. 

 Sesuatu yang memberikan aku jawapan yang mampan adalah bagaimana sikap seorang agen dan kekuatan polisi memainkan peranan yang penting bagi mempengaruhi seseorang untuk bersetuju utk memberikan komitmen terhadap sesuatu polisi. Ringkasnya beli insurans. 
Akhirnya aku mendalami polisi Allianz dengan begitu teliti. Mana ada syarikat insurans yang tak mahukan keuntungan..dan setelah diamati polisi Allianz adalah LEBIH memberi nilai untuk setiap sen yang aku keluarkan. 

Ketelitian aku mendalami insurans membuatkan seseorang menarik kami berdua menceburi bidang ini secara sambilan. Buat masa ini. Alhamdulillah buat masa ini kami enjoy melakukan tugas ini yang aku rasa sebagai tanggungjawab. Kenapa aku cakap tanggungjawab

? Sebab kami bukan menjual polisi. Polisi yang kami bawakan/cadangkan kepada pelanggan bukan untuk kami tapi untuk PELANGGAN itu sendiri. Katalah pelanggan tidak jadi membeli, ataupun tangguh disebabkan kekurangan peruntukan $ kami tetap akan puas sebab kami dah menjalankan tanggungjawab memberi pendedahan tentang kepentingan insurans kepada pelanggan. PUAS. itu yang aku umgkapkan kepada wife aku. Kepuasan seperti yang aku rasa ketika merawat pesakit di hospital. Tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. 

Okeh cukup pasal insurans. Ni nak cerita pasal diari aku sebagai junior bikers pulak
Blog aku yg lepas aku ade cerita mengenai persiapan aku nak menghadapi peperiksaan sarjana ortopedik di UKM. Alhamdulillah aku berjaya melepasi ujian tersebut. 

Memang keadaan agak genting ketika itu yang mana tahap tekanan yang aku alami zsangat tinggi. Manakan tidaknya disamping membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan aku tidak boleh sedikitpun mengabaikan tanggungjawab aku terhadap wife dan anak2. Tiap malam lepas makan malam aku akan mengasingkan diri di bilik bacaan untuk mentelaah ilmu. Terima kasih aku nak ucapkan buat isteri tercinta sebab beliau sangat memahami dan memberikan komitmen yg tidak berbelah bahagi menguruskan anak2 ketika itu. Dan akhirnya kami sama berjaya melepasi saat genting itu. So, sebagai ganjarannya aku beli sebuah bike. Hihihi alasan je sebenarnya. Tapi memang dah lama aku berangan nak beli bike ni. Cuma atas batasan waktu dan karier aku tangguhkan sehingga aku lulus peperiksaan. 

Aprilia Shiver 750 berjaya aku sambar dari seorang kenalan di Selayang. Dapat dengan harga yang sangat berpatutan. Alhamdulillah. Mula2 wife tarik muka jugak tapi disebabkan minat aku die faham jua..dan dah pun bawak die ride balik Batu Pahat. Happy tak terkata tengok muka die. Rasa macam muda pun ade. Huhu

Okay guys, sampai disini dulu. Mata dah mengantuk. Esok nak oncall. Kerja hakiki sebagai seorang doktor ortopedik. Ramai member non medical line panggil aku the mechanic sbb kerja aku deal dengan bertukang tulang. Haha

Wassalam...

No comments: