Saturday, October 20, 2012

Hidup Mesti Diteruskan

Salam buat semua pembaca,

Terima kasih sebab masih stay tuned sampai ketika ni.haha sekarang ni aku teh sibuk sket dgn persediaan utk menghadapi peperiksaan Master in Surgery (Orthopedic) Part 1 yg akan berlangsung ujung bulan ni.Patutnye dah takde masa utk aku tulis blog ni.tapi takpe,sementara tunggu wifey siap masak sempat aku capai Ipadni utk aku tuliskan sesuatu.

Mlmni juga ade match bola antara ATM DGN KELATE.aku akan sokong KELATE utk game mlmni sebab menyampah tak muka Hai-O.dah 3 tahun dia julang PialaMalaysia tu.cukup2 lah.lagipun corak permainan KELATE lagi power. Bab bola padang ni msg aku dah lama tinggal.kalau setakat futsal berganti ganti utk sejam aku okey lagi.

Aku sebenarnya bercadang utk menukar tema blog aku ini kepada topik yg lebih berat sket,berkaitan kesedaran kesihatan tulang kat Malaysia yang mana selama ini disalah pacu oleh syarikat pengeluar susu.nantilah,kalau aku dah lepas exam nanti aku akan ceritakan satu persatu.takpe boleh tunggu.Okey lah,bini pun dah siap masak.lain kali ade kesempatan kita jumpa lagi

Follow twitter aku @AswadIthnain
Salam

Sunday, October 14, 2012

Rezkies (House Of Cookies)

Assalamualaikum
kali ni aku nak bercerita sket barkaitan short course projek wife aku masa bulan Syawal yg lepas.ape lagi kalau bukan bisnes jual kueh raya.

Actually,dah dua kali raya kitorang membuat jualan kueh raya. Cuma tahun ini kami mengorak langkah untuk memperbesarkan sedikit skala jualan di sekitar Melaka,Johor dan Putrajaya (dgn bantuan akak iparku). Kami juga mempromosikan kueh2 melalui akaun facebook di adress yg berikut https://www.facebook.com/groups/496289190387181/

alhamdulillah usaha wife aku untuk memperkenalkan kueh tradisional Johor membuahkan hasil. aku yg tolong2 sket ni pun seronok.

antara kueh2 yang kami jual termasuklah

  1. Sampan Fruities
  2. Dahlia d'Vanilla
  3. Chocolate Rice Cookies
  4. Tat Gulung Johor, dan bermacam lagi tat
  5. Original Semprit
  6. Sarang Semut
  7. Chocolate Pie
  8. Blueberry Pie
  9. dan beberapa jenis lagi

*yang paling disukai ramai antaranya ialah 1,7 dan 8 (seperti dalam gambar)



Insyaallah tahun depan kalau ade kesempatan lagi akan kami teruskan usaha ini untuk membawa kueh2 tradisional dan moden buatan tangan org Johor ni..
Terima kasih juga diucapkan kepada makcik Yah dan kak Siti diatas air tangan dah penat lelah menghasilkan kueh2 tersebut



Friday, October 12, 2012

alhamdulillah..syukur pada Allah S.W.T

SALAM buat teman2 yg sudi singgah kat blog aku yg ala kadar ni
memang lama dah aku tak menulis blog nie..aku sebenarnye dah lupe pon blog adress aku.huahua ntah macamane harini aku godak2 laptop nih ade suggestion pasal blogspot..cari punya cari terjumpa dengan blog @waderteam-pro lantas menemukan aku pada blog aku ini..

banyak yang aku dah lalui sepanjang aku meninggalkan aktiviti blogging nie. Aku dah mempunyai seorang isteri yg cantik manis dah telah dikurniakan seorang puteri yg comel. Actually im expecting a baby boy around mid January next year. Syukur alhamdulillah.Segala puji ke atasNya..
Dan sekarang atas izinNya aku sedang mengikuti program sarjana di UKM..
okeh,cukup sudah serba sedikit mengenai perkembangan diriku..

Berkenaan aktiviti memancing aku memang aku dah agak slow..set pancing masih ade.cuma belum ditambah ape yg patut.sejak jarang berjumpa dgn waderteam-pro, mahdan dan lain2 memang aku dah jarang mancing.lagi2 time bini aku tgh pregnant ni mmg aku kurangkan sket aktiviti memancing.last aku mancing kat tasik depan rumah aku kat Melaka..ikan toman ade,ikan tilapia pun ade..